Follow Us @sihatcantik_byena

@aeinnamusa

Tuesday, 18 September 2018

Senaman Yang Sesuai dan Selamat Ketika Mengandung





Senaman ketika Mengandung | Assalamualaikum . Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang kita kecapi harini. jom jadi orang yang suka mulakan hari dengan besyukur.





Kesyukuran Ena hari ni, alhamdulillah adik baby dah pon  27 minggu dan dah masuk di awal kehamilan 3rd trimester dah. Kejap sangat masa berlalu, rasa macam bau ja cek UPT positif. hehe












Ok, sebenarnya hari ini Ena nak kongsi senaman untuk ibu mengandung di mana Ena sendiri dah buat senaman ni selama 2 minggu. Sebelum Ena kongsi apa senaman tu, Ena nk kongsi dulu kebaikkan senaman ketika mengandung. Oh ye, ni senaman khas ye, dan memang selamat untuk ibu2 hamil praktikkan cara senaman ni.







7 Kebaikkan Senaman Ketika Hamil:

  • Untuk mengawal berat badan 
  • Membantu pengaliran darah
  • Stabilkan emosi sepanjang hamil
  • Memudahkan si ibu untuk dapatkan tidur yang nyenyak
  • Memberi tenaga
  • Membantu ibu mendapat semula bentuk badan asal selepas bersalin
  • Membantu ibu mengawal pernafasan dengan betul

Best kan kebaikkan senaman semasa hamil ni. Kalau nak tahu lebih lagi kebaikkan nya, boleh lah google ja;) Sekarang Ena nak kongsi apa senaman yang Ena buat sepanjang 2 minggu ni. Selalunya Ena akan buat pagi la selepas subuh. Kalau uol nak buat petang pon boleh, nak buat pagi dan petang dua dua pon boleh takde masalah cuma jangan push diri dan terlalu penat ye. Hanya kita ibu yang hamil ni kje tahu kondisi atau limit diri kita kan;)



Ini Video yang menerangkan senaman yang selamat untuk Ibu hamil beserta kiraan yang dicadangkan untuks etiap jenis senaman. Sangat bagus video ni , siap ada ilustrasi lagi;)









Dan 2 video di bawah ni adalah video yang Ena akan pasang sepanjang exercise. setiap video lebihkuang 5 min, so 10 minit je lah work out kita setiap pagi. Kejap sangat. Cuma kalau tak larat sangat ena buat 5 minit ja. haha, ok lah tu kan asalkan buat, betul tak ;)





Video 1:











Video 2:







Okie mommies, itu saje yang Ena nak kongsikan. selamat beramal dan Ena doakan ibu ibu semua sihat dan baby membesar dengan sihat dan kuat serta soleh/solehah.





Kita jumpa di next entry ya.



Baarokallahufiikum.






8 comments:

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.