Follow Us @sihatcantik_byena

@aeinnamusa

Sunday, 23 September 2018

Musafir ke Negeri Melaka

08:52 4 Comments
Pagi ni InsyaAllah bermula permusafiran kami sekeluarga atas urusan kerja Bangkamal😊



Tengok tu semua nak dihangkut nya. Almari taknak angkut sekali ke Ena oi.haha

Kebetulan tempat tu ada open air Water theme park so kekna bawak perisai sunscreen   Youth Moisturiser spf50 ni sesiap, dan of course satu set Youth juga😊







Mana boleh tinggai tu☺️, sekarang ni bangun pagi2 pegang kulit muka wink wink mesti keluar love kat mata😝 sebab jatuh cinta dengan texture kulit yang lembutt sangat, tona sekata, lebih lembap, licin dan nampak sihat ceria !

Nak kata Putih tu takdak lah putih macam susu sebab saya ni memang sejak azali coklat manis ja orangnya. Cuma LEBIH CERAH tu ader lerr 😋☺️😁

( bukan diri sendiri je yang rasa👆 mostly customer ‘mengadu’ bende yang sama )😉

Pastu kan pepagi bangun tidur, rasa sayanggggg nak cuci muka haha boleh tak camtu. 

Dulu bangun pagi tak menyabo nak cuci muka sebab berminyak kalah minyak nak buat goreng ikan tilapia🙄😆

Sekarang ni takdak minyak apa dah, muka siap tau macam dah ready boleh keluar jalan2, eh macam dah mandi lah senang kata even tak mandi lagi👻kui kui kui





3 hari lepas ada naik jerawat  kt dahi belah kanan. Its ok kita senyum ja tak nak stress2. 

Jerawat tu kan tanda badan kelurkan toksin dan tanda skincare kita selamat bebas bahan terlarang😉 ( kebanyakkan bahan terlarang yang ada dalam product skincare sekarang menyekat jerawat keluar malah bulu roma kt wajah pon tertanggal habis. Nampak licin brkilat takdak bulu roma , jerawat tak pernah keluar tapi tu sebenarnya anda dalam bahaya tau . So please cek balik apa bahan dalam skincare kita tu.)

Ok sambung kisah jerawatku tadi,

Now lepas 3 hari, jerawat dh kecut sepenuhnya dan nampak parut pon dh mula nk MENGHILANG.

Kalau dulu bekas jerawat,parut bukan menghilang tapi MENGHITAM🤣

Memang menjadi lah suplimen dr dalam  ( amek set hamil tapi kulit pon dapat kesan skali) dan Skincare YOUTH utk rutin luaran (pagi dan malam)😃

Alhamdulillah 😍
Yahooo!🤸‍♂️


satu set Youth juga😊

Saturday, 22 September 2018

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak

18:47 6 Comments

 

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak | Assalamualaikum semua.

Kali ni Ena nak berkongsi tips mudah cara rebus telur kuning separuh masak macam dalam gambar.

Telur kuning kalau masak sangat tak lalu nak makan kan hehe . Bila buat separuh masak camni , sedap lah pulak. Masa ni Ena rebus telur untuk makan dengan Nasi Lemak. 

Cara cara:

1- Rebus air sehingga mendidih ( tak perlu tutup periuk )
2- Masukkan telur
3- Set kan masa selama 6 minit (pakai timer ye)
4- Keluarkan telur dan rendam dalam air paip biasa ( ni juga tips / cara untuk kita  mudah kupas rebus tu nanti)
5- Biarkan beberapa minit, agak2  dah sejuk sikit boleh lah kupas dan terus makan di tempat kejadian ( jangan lupa baca bismillah;)
6- selamat mencuba!

Haa itu saje cara nya. Mudah sangat kan nak dapat kan telur rebus separuh masak lagu ni 😊

Share lah dengan kawan2 yang suka makan telur;)


Friday, 21 September 2018

Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia

21:14 13 Comments
Promosi Hebat di Shaklee HQ sempena Har Malaysia 2018


Terlupa Rekod Pergerakkan Baby Gara Gara Promosi Hari Malaysia | Assalamualaikum semua.

Fuhh, harini kira hectic day jugaklah  sebab banyak urusan di luar (baca: urusan ke klinik untuk rutin check up baby) . Bertambah kalut tu sebab makyong bawak doble Ecah skali dan pada masa yang sama bawak kaklong Ecah jumpa doktor juga sebab harini dah hari ke 4 anakku itu demam. sobss

Lepas tu dalam kepala ni duk fikir nak pasal promosi esok iaitu Shaklee ada buat promosi Hari Malaysia, ramai lagi customer dan downline yang belom tahu nih. haha, sempat lagi tu fikir bisnes. hihi


Akibatnya , sampai terlupa nk rekod pergerakkan adik baby. tapi mujurlah main rekod dalam kepala ja. Kerap jugak lah adik  baby bergerak. kira memang lebih lah 10 kali dah ahrini cuma tak tahu jam berapa cukup 10 kali tu haha

Sebab peristiwa ni, Ena dah dapat dah tips untuk mudahkan kita rekod pergerakkan baby. haa, makyong2 nak tahu tak nak tahu tak? (ni dah macam mengugut ni hehe)

Kalau nak tahu, nantikan entry seterusnya ye. iols nak pi ziarah mak mertua dulu sekarang . Sesambil tu boleh lah ku minta restu dan minta Ma doakan ramai customer nak grab promosi Hari Malaysia esok . muahaha.

see you next entry!





Thursday, 20 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

01:30 14 Comments


Nasihat on pregnancy - Ena nak share 3 nasihat atau tips untuk ibu2 yangsedang hamil, ni bedasarkan pengalanan Ena dah 2 kali melalui proses kehamilan dan sekarang sedang pregnant anak ke 3;)

1- NUTRISI:

 Nutrisi sangat penting , jangan skeptikal pada suplimen sebab doktor Klinik Kesihatan sendiri yang akan cadangakn suplimen yang diperlukan contohnya folic asid, multvitamin, iron tablet, kalsium tablet dan minyak ikan untuk menyokong pertumbuhan bayi dalam kandungan. Cari set hamil dari brand suplimen yang selamat.

Ibu2 jangan culas tau makan suplimen everyday sebab apa yang kita makan (real food) dah tak terjamin kandungan nutrisi  tu kita dapat sepenuhnya, ada yang hilang masa proses memasak  dan sebagainya. Tu belom masuk lagi fast food, instant food dan processed food yang kita makan, semua tu menggangu penyerapan nutrisi dalam badan ibu untuk dibekalkan pada baby dalam kandungan.


2- STRETCH MARK

Ok, ni tips nak bagi kat ibu2 yang sedang hamil. Ena dah buat dan memang menjadi, alhamdulillah takde kesan stretch mark lepas bersalin 2 kali. 

Tipsnya mudah, setiap kali lepas mandi, sapu pelembap pada perut dan peha serta bahagian yang biasanya stretch mark ni terjadi, especially bial dah masuk 3rd trimester. Bila dah masuk 3rd trim, sila buat sehai 2 kali. Uol tahu sendiri kan kat mana;) Tips ni juga untuk elakkan perut ibu jadi gatal bila makin membesar. 


3. MINDA YANG POSITIF

Ni tips yang Ena rasa paling pnting skali. Sebab dalaman kita menentukan luaran. Apa yang kita fikir tu kita akan tarik ia betul2 berlaku pada diri kita. 

So, ibu2 mesti positif dalam segala hal sama ada belaku sebarang isu/ujian ketika sepanjang hamil ni atau persediaan nak menghadapi saat bersalin. Ye, proses bersalin bukan mudah tapi percayalah kalau kita boleh kawal minda dan bersedia dari segi mental (bukan je fizikal ye) , proses kehamilan dan bersalin akan jadi satu kenangan terindah dalam hidup kita.



******
Tu saje lah 3 tips yang boleh Ena share. Ena belom lagi banyak pengalaman pon, bau je pregnant 3 kali. insyaALLAH mana yang baik boleh lah jadikan panduan dan amalan bersama ye. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 sedang hamil anak soleh/solehah;)

Baaarokallahufiikum.


Tuesday, 18 September 2018

Senaman Yang Sesuai dan Selamat Ketika Mengandung

09:07 8 Comments




Senaman ketika Mengandung | Assalamualaikum . Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang kita kecapi harini. jom jadi orang yang suka mulakan hari dengan besyukur.





Kesyukuran Ena hari ni, alhamdulillah adik baby dah pon  27 minggu dan dah masuk di awal kehamilan 3rd trimester dah. Kejap sangat masa berlalu, rasa macam bau ja cek UPT positif. hehe












Ok, sebenarnya hari ini Ena nak kongsi senaman untuk ibu mengandung di mana Ena sendiri dah buat senaman ni selama 2 minggu. Sebelum Ena kongsi apa senaman tu, Ena nk kongsi dulu kebaikkan senaman ketika mengandung. Oh ye, ni senaman khas ye, dan memang selamat untuk ibu2 hamil praktikkan cara senaman ni.







7 Kebaikkan Senaman Ketika Hamil:

  • Untuk mengawal berat badan 
  • Membantu pengaliran darah
  • Stabilkan emosi sepanjang hamil
  • Memudahkan si ibu untuk dapatkan tidur yang nyenyak
  • Memberi tenaga
  • Membantu ibu mendapat semula bentuk badan asal selepas bersalin
  • Membantu ibu mengawal pernafasan dengan betul

Best kan kebaikkan senaman semasa hamil ni. Kalau nak tahu lebih lagi kebaikkan nya, boleh lah google ja;) Sekarang Ena nak kongsi apa senaman yang Ena buat sepanjang 2 minggu ni. Selalunya Ena akan buat pagi la selepas subuh. Kalau uol nak buat petang pon boleh, nak buat pagi dan petang dua dua pon boleh takde masalah cuma jangan push diri dan terlalu penat ye. Hanya kita ibu yang hamil ni kje tahu kondisi atau limit diri kita kan;)



Ini Video yang menerangkan senaman yang selamat untuk Ibu hamil beserta kiraan yang dicadangkan untuks etiap jenis senaman. Sangat bagus video ni , siap ada ilustrasi lagi;)









Dan 2 video di bawah ni adalah video yang Ena akan pasang sepanjang exercise. setiap video lebihkuang 5 min, so 10 minit je lah work out kita setiap pagi. Kejap sangat. Cuma kalau tak larat sangat ena buat 5 minit ja. haha, ok lah tu kan asalkan buat, betul tak ;)





Video 1:











Video 2:







Okie mommies, itu saje yang Ena nak kongsikan. selamat beramal dan Ena doakan ibu ibu semua sihat dan baby membesar dengan sihat dan kuat serta soleh/solehah.





Kita jumpa di next entry ya.



Baarokallahufiikum.






Thursday, 13 September 2018

3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.

18:23 8 Comments
3 Tips Urus Masa Untuk Surirumah Bekerja Dari Rumah Supaya Tak Stress.
==============

Ramai ibu ibu yang ada anak kecil (2 orang ke atas) akan stress bila berniaga dari rumah.

Kalau yang ada pembantu (atau suami pon turut sama kerja dari rumah) yang tu insyaAllah boleh lagi nak kawal situasi kan 😊

Baiklah, kekna share ye 3 Tips yang kekna rasa pentingggg sangat untuk ibu2 bekerjaya dari rumah ni apply sama2.

=====
1- Bangun awal pagi.
=====

Bangun se awal pagi yang mungkin ( dalam jam 3 atau 4 pagi ) .

Syarat nya kene tidur awal lah ye, iaitu sebelum jam 10.30 malam dan tidur sekejap waktu tengah hari 30min-1jam (qailullah) .

======
2- Buat To-Do-List
======

Bila bangun awal , InsyaAllah banyakkkkk sangat kerja yang kita boleh buat. Yela, anak2 tengah nyenyak tido kan masa ni .😍

Oh terasa donia ni aku yang punyaaa!😁😁hihi

Ok,
Listkan dan susun jadual siap dengan masa yang di peruntukkan untuk buat kerja tu.

Boleh solat tahajud,mengaji, zikir dan berdoa juga😊 Waktu ni dipanggil waktu alpha di mana kelebihan waktu ni, doa mudah terkabul insyaallah.

Selepas setel urusan dengan Allah, boleh terus buat kerja2 bisnes .

Nak update database customer ke, blogging ke, blogwalking ke,buat copywriting untuk 2-3 hari punye marketing ke, update sales, update akaun, buat poster menarik, edit video, packing order customers ke, baca buku ilmiah dan macam2 lagi mengikut keperluan bisnes masing2.😃

Haa, tapi jangan pi follow up customer or ejen plak masa ni. Memang akan dapat blue tick ja nanti😁 tak pon bunyi cengkerik krik krik, krik krik😂hehe




=======
3- Libatkan Anak2 dalam kerja rumah
=======

Ni pula untuk waktu siang , waktu anak dah bangun or balik dari sekolah. Buat aktiviti sama2 dengan dorang .

Kalau dah bosan duk main color2 , membaca or belajar, ajak mereka buat kerja rumah sama2.

Seronok sangat tau!

Biasanya yang Ena selalu buat sama2 dengan anak2:

📌 Masak , 📌sidai baju dan 📌kemas rumah .

Lipat baju tak buat sebab part tu dah delegate pada suami 😉. Uol boleh ajak anak2 📌 lipat baju skali sama2 jugak.

Kalau nak tahu memang kerja jadi makin lambat siap tau😂hehe. Tapi takpe, enjoy ja.

Yang penting kekna nak ingatkan :

👉Tak perlu terlalu sempurna. Nak sidai baju hanger sama color ke, nak jarak antara hanger sama sentimeter ke, nak baju cantik elok tergantung macam kat butik ka🙄.

Tak perlu semua tu. Bagi anak kita belajar . Pada masa yang sama kita ajar lah tapi bagi dorang buat dulu dan PUJI usaha anak2 rajin bantu kita.

Pelajaran boleh dapat di mana2 bukan disekolah je. InsyaAllah kemahiran /kecekapan anak buat kerja rumah akan bertambah dari masa ke masa .

*****ish tak sabar rasanya nak ajar kaklong Ecah masak nasi 😝hehe

Akhir kata:

NAK SERIBU DAYA. Dan Allah pasti permudahkan urusan mereka yang sungguh2 nak capai impian dalam hidup walau sesukar mana pon kita rasa jalan kita sekarang 😊💪

Selamat mencuba ye ibu2 HEBAT !


Testimoni Vivix : Luka Bersalin Teruk, Mujur Ada Vivix !

05:39 0 Comments
Testimoni Vivix : Luka Bersalin Teruk, Mujur Ada Vivix ! |







Saya Ainul Mustafa ibu kepada 3 orang puteri yang comel, aktif membesar
.
Saya mula makan vitamin Shaklee sejak 2011 masa menyusukan anak pertama saya. Bekerja sebagai engineer yang kerap ke sana sini outstation buatkan saya cepat penat, stress.bila stress susu pun merundum.
.
Kemudian saya konsistent makan untuk hamil anak ke dua.saya ada masalah kesuburan dan 2013 saya pregnant anak ke 2, 2014 saya lahirkan anak ke 2.
.
Diuji bila sakit luka bersalin yang teruk dalam pantang.adoiii...Alhamdulillah vivix shaklee penyelamat saya
.
Saya ada masalah berat badan yang teruk.pernah berat naik sampai 70kg.
.
Konsistent buat program #detoxshakleee dan saya berjaya turunkan berat 55kg.
.
Niatnya nak turunkan lagi tapi terpregnant lagi..
.
May 2017 lahir anak ke 3 saya.
.
Jangan tanya kenapa saya suka sangat vitamin #shaklee..terlalu banyak shaklee effects
.



TERIMA KASIH PUAN SUDI BERKONGSI DENGAN KAMI




Alhamdulillah kita yang baca pon rasa terharu & turut rasa bahagia.

Jangan putus harap dalam berikhtiar ye.

Jangan give up dengan rahmat & kurniaah Allah.

Vivix tu ASBAB sahaja.

Bukan vivix yg menyembuh tanpa keizinan dari Allah;)

Tapi berdasarkan ujian klinikal dan 'landmark study' vivix mampu MEMBANTU pesakit untuk tambah baik tahap kesihatan


Tolong sebarkan dan beritahu kawan2 sanak saudara yang anda fikir mereka sangat perlukan vivix
Tak baik kita je tahu sorang sorang ;)






KLIK  untuk beli dan cuba sendiri VIVIX atau untuk hadiahkan vivix pada yang tersayang atau terus hubungi kami untuk info:


Untuk info dan order vivix Promosi  , klik wassap kekna ye.


Your Certified Shaklee Product Consultant:
Aeinna Musa / Kekna (0177172868)
Direct Wassap:
COD Bandar Baru Bangi , Kajang serta sekitar
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Sunday, 2 September 2018

Apa Nak Buat Selepas Subuh?

18:07 4 Comments

Antara pengisian selepas subuh selain mengaji dan berzikir pada Allah adalah berada dalam MAJLIS ILMU .

Ada antara kita tidak direzekikan masa untuk ke masjid waktu subuh dan join majlis2 ilmu selepas tu.

Termasuk kekna🙈 Allahuakbar.

So apa yang kita boleh buat, kita bukak je youtube ada banyakkkkk sangat tazkirah dan majlis ilmu ONLINE yang kita boleh sertai.

Tinggal nak taip ja keyword or tajuk yang kita minat nak dalami /belajar😊

Betapa power nya majlis ilmu ni, Allah utuskan setiap orang ,Malaikat sebanyaknya 70ribu untuk mendoakan nya sepanjang berada dlaam majlis ilmu.

Sebab tu bila kita join mana2 kelas ilmu ( tak kire lah ilmu dunia atau akhirat -yang penting ilmu yang baik), amek peluang untuk submit doa dengan spesifik.

Ada banyak pilihan ustaz ustazah yang kita boleh dengar/tengok di youtube.

Personally, kekna suka dengar tazkirah Ustaz dari indonesia😁

Antara nya :

Sheikh Ali Jaber
Ustaz Hanan Attaki
Ustaz Yusuf Mansur
Ustaz Muzammil Hasballah ( untuk video mengaji al Quran shj-takde ceramah or tazkirah)
Ustaz Adi Hidayat

Mereka ni lah yang kekna ulang2 dengar selalu, termasuk waktu exercise, buat kemas rumah , masak, sidai baju etc😁

InsyaAllah .

semoga bermanfaat untuk semua;)


**gambar Syeikh Ali Jaber , Imam Masjid Madinah dukung anak sulong kami Aeisya Humaira di Restoren Arab di Bangi. Beliau al Hafiz sejak kecil dan sekarang purata sebulan khatam al Quran sebanyak 10 kali, masyaAllah!. Boleh google kalau nak tahu lagi biodata beliau atau ustaz2 yang lain 😊
Tengok lah kaklong ecah masa ni. mulat kan . hehe



Saturday, 1 September 2018

Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri

09:34 3 Comments
Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Apa Khabar harini?


Eh, Macam pelik pula bunyi tajuk dalam Bahasa Melayu ye. hehe


Apa apa pun, ena nak ajak kita semua untuk dengarkan video Kata Kata Positif Setiap Pagi Untuk Transformasi Diri  yang ena ambil dari youtube. Ena baru hari pertama dengar video 'positive affirmation' ni  harini, fuhh memang rasa lain macam aura dia.

Berkobar2 bak hang hihi


Bukan aura apa lah. Sebenarnya bila kita perdengarkan kata kata yang baik dan positif pada diri sendiri, satu kuasa (energy) yang positive sedang ter 'install' dalam minda dan diri kita. Sebab tu kita akan dapat rasa semangat luar biasa untuk mulakan hari. So sangat sangat bagus di amalkan se awal pagi yang mungkin ye






Haaa amacam?  dah dengar kan?

Boleh kongsikan ta k apa feeling uol lepas dengar;)


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.