Follow Us @sihatcantik_byena

@aeinnamusa

Sunday, 7 October 2018

Sambutan Hari Jadi Anak Syurga Kami

19:49 8 Comments



Birthday girls!

Sambutan Hari Jadi Anak Syurga Kami | Assalamualaikum alhamdulillah dapat juga buat sambutan kecil kecilan doa selamat dan kesyukuran anak syurga kami , KakLong dan Kak Angah sempena ulangtahun kelahiran mereka. Rezeki dorang lah, ada 3 orang sponsor kos untuk majlis ni, alhamulillah syukurrr.


Aeisya Humaira bt Kamal Fadzli -1 Oct 2012

Aeisya Safiyya bt Kamal Fadzli- 5 Oct 2015


Haa, dekat dekat je dorang lahir, senang mama & papa nak celebrate;)

Soon, adik baby insyaALLAH lahir bulan 12. kire dekat jugak lah. aci tak sekali harung je celebrate semua birthday anak anak  nanti, hehehe

Jom layan gambar gambar sepanjang majlis tadi:


Mama & Papa dah lama tak selfie.hihi




Kami ber 5- ada yang kata macam gambar raya hoho


Papa menggomol Kak Angah

Masa ni Kaklong & cosins duk main kejar kejar, Kak Angah biasalah jenis tak mesra and nak betepekkk je dengan mama or papa hehe

al Kisah Kak Angah terrrrr terindih kek masa dalam perjalanan ke kedai Arab untuk sambutan birthday dorang. alahi, takde rezeki kan.


Both sangat tak suka kek, saje papa beli jugak buat syarat untuk blow lilin ja hehe

Adik Ipar datang dari Gombak untuk meraikan Doble Ecah, Tenkiu Acik Syu

Nasi Arab dah sampai!

Muka ada happy sebab both sangat suka nasi arab;)

Ayocik Ecah  (adik Ena) datang dari GOmbak meraikan  doble Ecah

Mama & Papa yang over kan hehe

Tokbah Ecah membacakan doa selamat


Tak sabar nak makannnnnn


Susah nya nak amek gamabr semua orang ready  haha

Papa sorang ja ready nampaknya hehe

Pokteh Ecah, origin dari Yaman. empunya Restoren Arab ni

Family AyohLong Ecah (abang sulong papa Ecah)

Dari kiri Ayoh Long Ecah, Ayohcik Ecah dan Pokteh Ecah



papa & Ayohcik Ecah bergambar kenangan di depan kedai Arab Pokteh di Sungai Merab, Bangi

ni Lokasi Kedai Arab 'Arabic Palace' milik Pokteh Ecah . boleh waze je alamat di atas ni kalau nak datang ye. Chef orang Arab yaman dan makanan semua sedap sedap yang amat sangat.



Wednesday, 3 October 2018

Rutin Harian Makyong Sekarang

17:35 6 Comments
Rutin Harian Makyong Sekarang | Assalamualaikum. Setiap hari rutin skincare kekna sekarang , remove sel mati dari kulit muka.

Kesan sel kulit mati yang tertanggal selepas gunakan YOUTH Perfecting Toner 


Memang terbaik YOUTH Perfecting Skin Toner ni. Selepas cuci muka pon , tengok tu kapas, masih ada lagi kotoran.

Sel kulit mati ni kalau tak buang lama2 kulit jadi nampak kusam dan lebih tua dari umur.

YOUTH Perfecting Toner


Plus, dalam Toner ni ada Muscadine grape tau , sama bahan dalam vivix di mana effect antipenuaan dalam anggur muscadine yang sangat hebat . (Allah Maha Hebat)

Anggur muscadine ni bantu MELINDUNGI dan MEMPERBAIKI DNA sel kulit kita dan mengHALANG kerosakkan kolagen & elastin.

Penggunaan YOUTH toner yang konsisten buatkan kulit kita lebih toink toink anjal gitu

Fungsi YOUTH Pefecting Toner


Jemput singgah dan FOLLOW Blog baru kekna : Kedai Vitamin Bangi Kajang Putrajaya




Sunday, 23 September 2018

Musafir ke Negeri Melaka

08:52 4 Comments
Pagi ni InsyaAllah bermula permusafiran kami sekeluarga atas urusan kerja Bangkamal😊



Tengok tu semua nak dihangkut nya. Almari taknak angkut sekali ke Ena oi.haha

Kebetulan tempat tu ada open air Water theme park so kekna bawak perisai sunscreen   Youth Moisturiser spf50 ni sesiap, dan of course satu set Youth juga😊







Mana boleh tinggai tu☺️, sekarang ni bangun pagi2 pegang kulit muka wink wink mesti keluar love kat mata😝 sebab jatuh cinta dengan texture kulit yang lembutt sangat, tona sekata, lebih lembap, licin dan nampak sihat ceria !

Nak kata Putih tu takdak lah putih macam susu sebab saya ni memang sejak azali coklat manis ja orangnya. Cuma LEBIH CERAH tu ader lerr 😋☺️😁

( bukan diri sendiri je yang rasa👆 mostly customer ‘mengadu’ bende yang sama )😉

Pastu kan pepagi bangun tidur, rasa sayanggggg nak cuci muka haha boleh tak camtu. 

Dulu bangun pagi tak menyabo nak cuci muka sebab berminyak kalah minyak nak buat goreng ikan tilapia🙄😆

Sekarang ni takdak minyak apa dah, muka siap tau macam dah ready boleh keluar jalan2, eh macam dah mandi lah senang kata even tak mandi lagi👻kui kui kui





3 hari lepas ada naik jerawat  kt dahi belah kanan. Its ok kita senyum ja tak nak stress2. 

Jerawat tu kan tanda badan kelurkan toksin dan tanda skincare kita selamat bebas bahan terlarang😉 ( kebanyakkan bahan terlarang yang ada dalam product skincare sekarang menyekat jerawat keluar malah bulu roma kt wajah pon tertanggal habis. Nampak licin brkilat takdak bulu roma , jerawat tak pernah keluar tapi tu sebenarnya anda dalam bahaya tau . So please cek balik apa bahan dalam skincare kita tu.)

Ok sambung kisah jerawatku tadi,

Now lepas 3 hari, jerawat dh kecut sepenuhnya dan nampak parut pon dh mula nk MENGHILANG.

Kalau dulu bekas jerawat,parut bukan menghilang tapi MENGHITAM🤣

Memang menjadi lah suplimen dr dalam  ( amek set hamil tapi kulit pon dapat kesan skali) dan Skincare YOUTH utk rutin luaran (pagi dan malam)😃

Alhamdulillah 😍
Yahooo!🤸‍♂️


satu set Youth juga😊

Saturday, 22 September 2018

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak

18:47 6 Comments

 

Cara Rebus Telur Kuning Separuh Masak | Assalamualaikum semua.

Kali ni Ena nak berkongsi tips mudah cara rebus telur kuning separuh masak macam dalam gambar.

Telur kuning kalau masak sangat tak lalu nak makan kan hehe . Bila buat separuh masak camni , sedap lah pulak. Masa ni Ena rebus telur untuk makan dengan Nasi Lemak. 

Cara cara:

1- Rebus air sehingga mendidih ( tak perlu tutup periuk )
2- Masukkan telur
3- Set kan masa selama 6 minit (pakai timer ye)
4- Keluarkan telur dan rendam dalam air paip biasa ( ni juga tips / cara untuk kita  mudah kupas rebus tu nanti)
5- Biarkan beberapa minit, agak2  dah sejuk sikit boleh lah kupas dan terus makan di tempat kejadian ( jangan lupa baca bismillah;)
6- selamat mencuba!

Haa itu saje cara nya. Mudah sangat kan nak dapat kan telur rebus separuh masak lagu ni 😊

Share lah dengan kawan2 yang suka makan telur;)


DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.