Thursday, 30 June 2016

Promosi Ramadhan dan Raya Jun 2016

Promosi Jun 2016

Promosi Ramadhan dan Raya Jun 2016 | Assalamualaikum. teruja nya rasa, bulan ni buat pertama kalinya shaklee tawarkan promosi termurah dan terhebat. Sebabnya, belom pernah lagi semua item promo shaklee offer buy 3 free 1. Biasa nya, buy 6 free 1. Bermakna, offer bulan ni paling murah, untung dan jimat serta wajib grab tau. Terutama meal shakes untuk persediaan bulan ramadhan bagi anak2 yang dan seisi keluarga untuk berpuasa dengan lebih bertenaga. Lecithin pula untuk slim gojes raya ni. Vita Lea for children haruslah untuk anak2 kekal aktif dan sihat sepanjang bulan puasa ni kan. Imagine kalau anak tak sihat, mak pak nya sekali tak dapat buat kerja dengan sempurna dan baik. Silap haribulan, nak mengaji al quran tak sempat,nak solat pon tak tenang. 



Ok, baiklah jom lihat apa promosi bulan ni:


wajib grab sebab sangat murah bulan ni



Promosi BUY 3 FREE 1 Meal Shakes


 Meal Shakes


Beli 1 RM 113.75 (harga runcit biasa)


Beli 3 FREE 1 (RM 341.25)


1 canister mempunyai berat 550 gram

15 Kebaikan meal shakes untuk kanak-kanak :


  1. Kurangkan Ekzema 
  2. Untuk Tumbesaran 
  3. Untuk Perkembangan Minda 
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak 
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu 
  6. Untuk Anak kekal aktif 
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak 
  8. Meningkatkan berat badan anak 
  9. Membantu anak fokus 
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma 
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak 
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1 
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti 
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi 
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu


dan...

Sebagai supliment untuk bantu anak anak, wanita hamil, wanita menyusu , mereka yang bekerja, pelajar dan warga emas yang ingin berpuasa dengan bertenaga



Promosi BUY 3 FREE 1 Lecithin

Lecithin


Beli 1 RM 52.50 (harga runcit biasa)


Beli 4 FREE 1 (RM 157.50)

Expiry date: Feb 2017
1 botol mempunyai 180 kapsul
1 hari consume 6 kapsul

KELEBIHAN LECITHIN


  1. Melindungi hati – Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
  2. Memecahkan lemak dan kolestrol – Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.
  3. Melangsingkan – Jika ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
  4. Mencantikkan otot dan kulit – Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  5. Memperbaiki alergi – Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah dermatitis.
  6. Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.
  7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang dinyatakan tadi akan berfungsi untuk agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.
  8. Menghalang tekanan darah tinggi – Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
  9. Mengatasi masalah prostat lelaki
  10. Meringankan sembelit – melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

                                                            Baca: Semua tentang Lecithin !




Promosi BUY 3 FREE 1 Vita Lea for Children

Vitalea for Children


Beli 1 RM 111 (harga runcit biasa)

Beli 3 FREE 1! (RM 333)


7 kelebihan vita lea for children

1. Mengandungi

  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain.


2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.


                                Baca: Semua tentang VIta Lea For Children!




Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Promosi Ramadhan dan Raya Jun 2016.

Monday, 20 June 2016

10 Langkah Mudah Untuk Bayar Zakat Perniagaan Melalui Maybank2u


10 Langkah Mudah Untuk Bayar Zakat Perniagaan Melalui Maybank2u | Assalamaualaikum  harini Ena sediakan step by step untuk bayar zakat sendiri secara online. Jangan takut untuk keluarkan Zakat kerana Zakat akan menyucikan harta dan insyaALLAH menyuburkan kan lagi harta kita. Ada banyak kategori zakat tapi hari ini Ena sentuh pasal zakat perniagaan ye. 



Ada syarat2 nya yang mewajibkan seseorang peniaga membayar zakat tapi tak salah kalau peniaga peniaga kecil yang belum cukup syarat tapi nak melatih diri bayar zakat perniagaan. insyaALLAH semakin lama semakin banyak zakat yang perlu dikeluarkan. Pada pandangan ena ini lah impian setiap peniaga Muslim iaitu nak keluarkan zakat sebanyak yang mungkin. semakain tinggi zakat yang dikeluarkan bermakna semakin maju dan berkembang lah perniagaan kita. Lagipon, zakat ini bertujuan untuk membantu asnaf Muslim dalam negara kita juga.



Bagi company yang membuat penyata akaun setiap bulan, tak ada masalah untuk tentukan kadar zakat tapi bagi perniagaan yang tiada penyata akaun bulanan, boleh lah tentukan kadar zakat dari nilai keuntungan syarikat (sumber). Mudah sangat kan, rasanya tiada peniaga yang tak tahu berapa keuntungan bulanan mereka. hihi



Ok, baiklah, jom lihat step by step cara untuk bayar zakat perniagaan melalui maybank2u. Log in ke website maybank2u  dan ikuti langkah mudah di bawah!



STEP 1 : 

klik HOME


STEP 2 : 

klik ACCOUNT & BANKING



STEP 3 : 

klik BILL PAYMENT


STEP 4 :

 klik MAKE A ONE-OFF PAYMENT.





STEP 5 : 


klik SELECT FORM LIST kemudian klik ZAKAT & CHARITY





STEP 6 : 


klik LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) atau mana2 pusat zakat  mengikut tempat anda bekerja atau berniaga



STEP 7 : 


Isikan AMOUNT zakat dan NO TELEFON.  Amount zakat adalah 2.5% dari keuntungan syarikat atau guna sahaja kalkulator zakat ini.

Kemudian klik ZAKAT ON BUSINES

STEP 8 : 


klik CONTINUE untuk teruskan




STEP 9 : 


klik REQUEST FOR TAC

STEP 10 : 


Selepas masukkan no TAC yang di hantar ke no telefon kita, klik CONFIRM


SIAP!

TAHNIAH kerana anda menjadi Muslim yang cakna dengan nasib saudara se islam dengan mengeluarkan zakat perniagaan.





Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia




Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 10 Langkah Mudah Untuk Bayar Zakat Perniagaan Melalui Maybank2u.

Friday, 17 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016


Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 | Assalamualaikum. lagi sekali tahun ni kak ena join contest dari nile.com.my. tahu lepas join ga tapi takde rezeki kak ena untun menang. ingat lagi tahun leas antara pemenang contest raya by Nile ni ialah sifu blogger malaysia Hasrul Hasan.

insyaALLAH tahun ni rezeki kak ena pula nak menang hadiah tempat pertama. aamiin. 

ini antara 5 produk promosi free delivery yang ditawarkan oleh nile.com.my , yang 5 ni kak ena pilih sebab memang berkenan dan berhasrat nak beli. so kene set alarm awal2 takut terlepas waktu plak kan. limited time and limited tok tuuu!



Product: Rivets Shoulder Bag

JLM2016 Sales price: RM16.90
Date: 27/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 600 units only

Product: Fashion 6-in-1 Women Bag

JLM2016 Sales price: RM42.90
Date: 20/06/2016
Time Start: 11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Mixed Color Purse/ Wallet

JLM2016 Sales price: RM10.50
Date: 21/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 290 units only


Product: Korean Style Chain Shoulder Bag

JLM2016 Sales price: RM13.90
Date: 30/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only





Product: Portable Car Vacumn

JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only




Jom ramai2 join Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016. Syarat dan cara penyertaan boleh lihat di blog adik manis kita, Lyssa Faizureen

List peserta yang join boleh  tengok SINI. ha apa lagi, moh kita blogwalking !



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016.

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI




7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI
*********************************

1. Memperbanyak Membaca – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah – 

Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – 


La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -


Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).


3. Membaca – 

Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim .

 Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca 


Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca 

Surat Al-WAQIA’AH :

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak 

SELAWAT KEATAS NABI :

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan

 BERISTIGHFAR :

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.


sharing is loving.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI.

Friday, 10 June 2016

8 Kaedah Mudah Minum Air Di Bulan Ramadhan




8 Kaedah Mudah Minum Air Di Bulan Ramadhan | Assalamualaikum, bulan puasa kebanyakkan daripada kita akan dehydrate akibat kekurangan minum air di sebelah malam. Ni ena kongsikan tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia, cara nak minum 8 gelas air sehari di bulan ramadhan.



1 Gelas Selepas Bangun Sahur

1 Gelas Selepas Sahur

1 Gelas Selepas Azan Magrib

1 Gelas Selepas Solat Magrib

1 Gelas Selepas Makan

1 Gelas Selepas Solat Isyak

1 Gelas Selepas Solat Terawikh

1 Gelas Sebelum Tidur



DONE!
Cukup 8 gelas sehari



Tips tambahan dari ena, set alarm pada setiap 8 waktu minum air di atas. Sebagai reminder kepada kita. Masing2 brkepit dengan handfon , 24 jam kann.. o rasa Ena, ni tips paling ultimate supaya kita tidak lupa dan kekal terhidrat di bulan puasa.






Mudah sangat kan. jom buat harini gak! set alarm siap2 tau;)



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 8 Kaedah Mudah Minum Air Di Bulan Ramadhan.

GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 






GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 




Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN .

Wednesday, 8 June 2016

32 Rahsia Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan- Perkongsian Dari Seorang Doktor Perubatan

Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan



32 Rahsia Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan - Perkongsian Dari Seorang Doktor Perubatan | Assalamualaikum, Dr Hamit Arshad bekongsi di laman Facebook nya mengenai rahsia untuk berjaya dalam kehidupan. jom kita amati dan sama2 amalkan. insyaALLAH


1. Tidur awal.

Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. 

Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.

Saya bangun jam 5 pagi. 

Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.

Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengenyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.

Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

4. Supplemen vitamins dan lain2.

Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. 

Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vitamin C 1 - 2 biji sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.

Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. 

Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; 

Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. 

Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.


7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.

Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.

Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.

Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. 

Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.


10. Uruskan masa dengan bijak.

Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. 

Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.


11. Banyak minum air.

Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. 

Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.

Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. 

Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.

Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.

Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.


14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - 

nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.


15. Cakap lunak dan sedap didengar.

Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.

Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu.

Jangan terlalu serious. 

Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.

Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.

Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.

Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.

Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.

Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.


20. Kawal kemarahan.

Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. 

Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.

Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. 

Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.

Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. 

Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.


23. Muasabah diri.

Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.

Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.

Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. 

Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.


25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.

Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. 

Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.


26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.

Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah,

beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan keadaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.

Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.

Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.

Kita hanya manusia. 

Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.

Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 

'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.

Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.

Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.

Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.

Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.


32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.

Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.

Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN

Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 32 Rahsia Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan- Perkongsian Dari Seorang Doktor Perubatan.

Happy Birthday To Me (8.6.86)

My Small ,Lovely & Happy family ever 




HAPPY BIRTHDAY TO ME ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
HAPPY MOTHERS DAY MUM ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™
๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น๐Ÿ”น

8.6.86 jatuh pada 30 Ramadhan. Bermakna ena dilahirkan sehari sebelum raya .  Which mean, Tak beraya mana ma Kak Ena tahun tu. Hihi๐Ÿ˜‚.

Ena anak sulong, so hari ini lah HARI IBU sebenar buat ma  . Sebenarnya hari2 pon hari ibu kan ๐Ÿ˜‰

.
Kata ma, walaupun sarat dan hari2 terpaksa  turun ke sawah padi demi sesuap dua suap dan tiga suap nasi, tak pernah sekali pon  ma termiss puasa masa tu kecuali hari bersalin tu . Kuat kan ma. Semoga daku duplikasi 200% semangat dan kekuatan dalaman  ma.insyaAllah.

.
Sekali lagi tahun 2016, 8hb 6 jatuh pada bulan ramadhan juga . Bulan  Mulia.Allahu. Sebak๐Ÿ˜ข

"Many thanks pada ahli keluarga  dan sahabat syurga yang pm  wish Ena Happy Birthday.

Kuih cakoi kedai Pak Mamat.
Kalau nak kasi hadiah ๐ŸŽ‚ ๐ŸŽ ๐ŸŽ‰ ๐Ÿญ
Boleh pm nanti Kak Ena kasi alamat.
Chia chia chia๐Ÿ˜






 Ucapan hari lahir dair Facebook. tq Mark Zukerberg

Ucapan Hari Lahir dari Google




Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia


Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Happy Birthday To Me (8.6.86).

Monday, 6 June 2016

Mudahnya Solat Terawikh di Rumah - Cara Solat Terawikh Bagi Mereka Yang Tidak Berkesempatan ke Masjid.





Mudahnya Solat Terawikh di Rumah - Cara Solat Terawikh Bagi Mereka Yang Tidak Berkesempatan ke Masjid | 
Assalamualaikum, entry ni khusus buat mommies atau Mak2 yang ada anak kecil dan juga mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..



Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.



Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.


 
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~


● Niatnya :
ุฃ ُุตู€َู€ู€ู„ู€ِّู€ู€ู‰ ุณู€ُู€ู€ู†ู€َّู€َู€ู€ุฉ َ ุงู„ู€ู€ุชู€َّู€َู€ู€ุฑَุงูˆ ِูŠู€ْู€ู€ุญ ِ ุฑَูƒู€ْู€ู€ุนู€َู€ู€ุชู€َู€ู€ูŠู€ْู€ู€ู† ِ ู„ู€ِู€ู€ู„ู€َّู€َู€ู‡ ุชู€َู€ู€ุนู€َู€ู€ุงู„ู€َู€ู€ู‰
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุฉً ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْู…َู„ِูƒِ ุงู„ْู‚ُุฏُّูˆุณِ [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Mudahnya Solat Terawikh di Rumah - Cara Solat Terawikh Bagi Mereka Yang Tidak Berkesempatan ke Masjid..

Thursday, 2 June 2016

7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak






7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak | Assalamualaikum. lagi 1 hari je lagi kita akan menyambut ketibaan bulan yang mulia dan penuh barokah iaitu Ramadhan Kareem. Terasa sayu sangat hati ni. Allahu. jom tengok checklist apa perlu kita buat sebaagi persiapan menyambut ramadhan tahun ini.

1. Banyakkan istighfar dan bertaubat


– Kerana dosa boleh menjadi penghalang kita daripada kebaikan dan kelebihan Ramadhan.


2. Banyakkan berdoa


– Diriwayatkan para Salafusoleh ada yang berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan supaya dikurniakan Ramadhan.. kemudian berdoa 5 bulan selepasnya agar diterima amalnya semasa Ramadhan



3. Mohon kekuatan daripada Allah


– “Ya Allah, bantulah kami agar mampu sentiasa mengingatiMu… mensyukuriMu serta mampu beribadat sebaiknya kepadaMu..


4. Bergembira


– Hati mukmin sebenar akan bergembira dengan peluang yang datang bersama Ramadhan.. “Katakan, dengan kunia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira..”

5. Persediaan ilmu

– Ambillah masa untuk mengulang kembali ilmu2 berkenaan Ramadhan & Ibadat Puasa – hukum hakam serta adab-adabnya agar dapat kita maksimumkan ganjaran daripadanya


6. Membiasakan diri dengan amalan sunat

– Perbanyakkan puasa sepanjang Syaaban.. banyak membaca quran lebih daripada biasa.. Biasakan bangun seawalnya.. serta amalan-amalan sunat lain – agar bila tibanya Ramadhan.. bukanlah baru ingin bermula !!

7. Saling mengingatkan dan mengucap tahniah

– Penuhkan wall dan status dengan entri yang mengingatkan tentang kelebihan Ramadhan.. Ucapkan tahniah kepada sesama sahabat atas peluang hebat yang dikurniakan Allah ini.. Begitu juga kepada sesama ahli keluarga – pasangan,anak-anak, ibubapa, adik beradik dan kaum kerabat

Tahniah..!! Ramadhan ini mulia.. namun Tuhan Ramadhan jauh lebih Mulia..!!
Moga Allah menerima amalan kita semua.. Amin ya Rabbal ‘alamin…

Sumber



Your Beauty & Health Consultant ;


+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
+6 013 357 3153
Aeinna Musa
ID Shaklee : 960982
COD Bandar Baru Bangi
Pengeposan ke seluruh Malaysia



Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca 7 Cara Menyambut Ramadhan al Mubarak.

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan

Blog yang sering ena kunjungi untuk info blogging, Blog sifu Blogger Hasrul Hassan


Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan | Assalamualaikum. Blog Hasrul Hassan merupakan seorang pakar dalam SEO untuk blogger blogspot. Kiranya blog beliau ni dah jadi one stop centre untuk blogger blogger baru menimba ilmu berkaitan tips SEO bagi tujuan naikkan traffic blog di carian teratas di 'Google Search'.



Ena pernah menulis entry berkaitan dengan cadangan sifu2 blogger yang boleh kita rujuk untuk bangunkan blog yang mesra SEO di SINI. Salah seorang sifu yang ena cadangkan di situ adalah Hasrul Hassan atau lebih mesra dipanggil HH.



Entry ini ditulis tanda sokongan kepada segmen anjuran HH iaitu beliau mencari 50 blogger untuk diletakkan di bloglist Ramadhan di blog beliau. Sungguh berbesar hati jika sekiranya blog aeinnamusa.com terpilih untuk berada di paparan bloglist Tn HH kerana blog dan kebanyakkan entry tulisan HH berada di carian teratas di Google Search. Dengan itu, lebih besar lah peluang untuk rakyat malaysia khususnya dapat kenal dan singgah ke blog ena yang baru berumur setahun jagung ni. ( menumpang tuah nampakkk..hahaha ampun HH)



Dikesempatan ini, ena nak ucap ribuan terima kasih pada Hasrul Hassan kerana ilmu yang beliau kongsikan di blog beliau banyak membantu ena dalam dunia blogging dan online marketing khususya.



Ena dah lama jadi friend dan follow FaceBook HH , Siap set 'see first' lagi sebab tak mahu ketinggalan event/segmen/giveaway anjuran beliau.







Read More »
Terima kasih kerana sudi membaca Bloglist Ramadan 1437H Oleh Sifu Blogger Malaysia iaitu Hasrul Hassan.

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.