Selamat Hari Raya Aidilfitri- Bangi

Assalamualaikum semua


Selamat hari raya ke 5..5 syawal dah arini. kejap je masa.

raya di Bangi



Tahun ini ena beraya di Terengganu dahulu baru di Bangi. Maghrib smalam baru je sampai ke Bangi. Memandangkan usia kandungan adik ipar ena dah lebih 39 minggu, dah sarat tunggu hari je ( doakan beliau bersalin dengan selamat ye), Ma nak terus je buat sambutan hari raya peringkat famliy Bangi malam tadi.




 Family kecil kami, insyaAllah tahun depan berempat pula;)




Plan asalnya, kami nak balik ke Bangi harini (Selasa) sebab esok suami ena cuti lagi. tapi ma ena ajak ke Temerloh, Pahang untuk merisik dan berkenalan dengan keluarga kawan perempuan kepada adik ena yang nombor 4, So suami decide terus pulang ke Bangi je dah dekat kan ...lagi sejam lebih perjalanan je.


Aeisya Tak Mahu pakai baju raya!


Mesti tertanya2 ape sal aeisya pakai baju biasa je..mana baju raya dia??



hehe..sebenarnya ada cerita di sebalik gambar.. ada peristiwa yang tak dapat dilupakan.. nanti dia besar, kami akan ceritakan pada dia. 




Aeisya mengamuk sakan tak mahu pakai baju raya malam tu. sebab dah pakai siangnya waktu perjalanan dari Terengganu ke Bangi.




 Ceritanya, sambutan raya peringkat family Bangi ni sebenarnya diadakan petang..jam 5 petang. Tapi disebabkan jalan jammed dan kami dijangka tak sempat sampai by 5 pm ( memang pon, kami sampai jam 6.30 petang!), majlis ditangguh pada malamnya.



Aeisya sempat pakai sat je baju raya..haha. Kakak khayla (cosin aeisya) cuba pujuk aeisya jangan nangis. 
 


Majlis dimulakan dengan aktiviti bergambar;)

Jom layan gambar2;)


 Family kecil kami di Bangi


Tahun depan bertambah lagi 3 orang insyaALLAH;)



 Family abang sulong. Oze, Kak shikin dan anak-anak mereka, Khayla dan Khayra




Family abang no 2 - Omi, Kaknor dan anak2 mereka, Anas, Ahmad dan Zahrah



Suami ena merupakan anak ke tiga dalam adik beradiknya


 Satu satunya perempuan dalam adik beradik suami- Tie dan suami Muhammad Ayedh. bakal menimang cahaya mata pertama dalam seminggu dua lagi;) doakan semua selamat ye




 Adik bongsu yang handsome, adik Aye..hehe, promot nampak. belom berpunya lagi ni;)
Bergambar bersama anak buah-Anas 





 geng2 lelaki bergambar bersama Abah

 


 geng2 perempuan pula bergambar bersama Ma. ( gomoknye ai!)


Selesai bergambar, kami bersalaman bermaafan dan bagi duit raya pada anak2 buah.





 Antara juadah raya yang Ma dan kakak2 ena masak- lontong, mihun goreng Singapore, rendang dan lemang


 Jemput tinggalkan link sambutan raya family uols di ruang komen..ena nk melawat ni;) suka tengok suasana kemeriahan kawan2 berhari raya.. berbajau baru handsome comey lotey belaka;)


selamat hari raya!


*nantikan entry ena untuk sambutan raya di Terengganu pula ye

Post a Comment

1 Comments

  1. Meriahhnyaaa.. Selamat hari raya dpd wan muliani skeluarga :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Singgah Komen di Blog Ena..

Semoga kita semua dikurnia rezeki yang banyak serta berkat dan kesihatan yang baik hendaknya

Have a nice day ahead!